Safetyware Blog

Pakaian Pelindung dan Kepentingannya Semasa Pandemic COVID-19

Aug 3, 2020 12:00:00 PM / by Nurul Afiqah

Adakah anda tahu apakah perbezaan antara isolation gown (gaun pengasigan) dan pakaian pelindung seperti coverall? Seperti yang kita lihat gambar yang tular di media sosial , ada antara barisan hadapan yang memakai gaun pengasigan dan ada juga yang memakai coverall.

Keliru? Saya terangkan.

SAFETYWARE ISOGOWN

Gaun didefinisikan sebagai pakaian pelindung yang secara khususnya digunakan untuk melindungi pegawai kesihatan dan pesakit dari pemindahan mikroorganisma dan cairan tubuh seperti darah, dalam situasi pengasingan pesakit. Secara amnya, gaun pengasigan tidak mempunya penutup kepala atau “hood” dan seluar.

 

 

ULTITEC2000

Coverall adalah pakaian pelindung yang dicipta untuk melindungi si pemakai atau pakaian lain dari persekitaran yang bahaya. Ia bertindak sebagai penutup khas yang juga dapat melindungi persekitaran kerja dari pencemaran atau jangkitan dari pemakainya. Coverall direka untuk melindungi seluruh badan dengan memberikan perlindungan 360 darjah untuk pengendali barisan hadapan semasa kawalan jangkitan.

Tetapi , persamaan kedua pakaian ini adalah ia merupakan jenis pakai buang atau “disposable”. Pakaian keselamatan ini disarankan untuk dipakai buang adalah kerana ianya begitu terdedah kepada jangkitan selepas merawat pesakit COVID-19.

 

OK, cukup pengenalan mengenai gaun dan coverall.


Anda pernah dengar ULTITEC? Apa itu ULTITEC? Mengapa produk ULTITEC disarankan untuk kegunaan semasa COVID-19? Apakah kelebihan ULTITEC berbanding dengan jenama lain? Saya tidak beri satu, tetapi empat sebab mengapa perlu pilih ULTITEC.

 

Appropriate-Protective-Clothing-for-2019-nCoV

 

 

Pelbagai Jenis Mengikut Kesesuaian

Pertama sekali yang anda perlu tahu ialah ULTITEC terdiri daripada beberapa jenis seperi gambar rajah diatas dan jenis dan model yang sesuai untuk digunakan semasa COVID-19 ialah ULTITEC 2000. Megapa pula ULTITEC 2000?

 

 

EN14126

ULTITEC 2000 mempunyai tahap keselamatan dan disahkan dengan EN14126.

Ultitec - EN14126

Seperti gambar rajah di atas, ia menunjukkan bahawa ULTITEC ini sesuai digunakan untuk mencegah dari virus, bakteria dan mikrorganisma.

 

ULT2000

Label EN14126 di atas mengesahkan bahawa ULTITEC ULT2000 sesuai untuk kegunaan sektor agrikultur, automotif, pengurusan bencana, industri elektronik, farmasi, dan yang paling utama ialah mencegah kawalan penyakit. Sekiranya ia bagus untuk kawalan penyakit, maka dia amat sesuai untuk kerja-kerja membasmi kuman atau lebih tepat, menyahjangkit.

 

 

360 Darjah Perlindungan

Seperti yang telah saya tekankan sebelum ini, ULTITEC ini mempunyai 360 darjah perlindungan bagi menutupi seluruh badan. Pakaian ini menutup merangkumi daripada kepala sehingga ke buku lali dan tidak lupa juga belakang badan. Berbeza dengan gaun, gaun tidak menutupi keseluruhan seperti coverall.

 

 

Proses Menyahjangkit atau Membasmi Kuman

Sebagai syarikat penerbangan domestik swasta terbesar Indonesia, Lion Air melakukan proses pembasmian kuman atau menyahjangkit di setiap kawasan di dalam kapal terbang terutamanya dia kabin. Langkah ini bersesuaian dengan prosedur antarabangsa dan proses ini diawasi oleh Kementerian Kesihatan negara berkenaan.

Proses pembasmian kuman ini didemonstrasikan pada pesawat Lion Air Boeing 737-800 di seluruh pesawat terutamanya kokpit, kabin dan kargo. Pembasmian kuman ini adalah inisiatif baru oleh syarikat pernerbangan bagi memastikan kru-kru penerbangan selamat. Ini juga termasuk pemeriksaan suhu badan setiap kali memasuki pesawat atau sebelum penerbangan dimulakan.

 

1584467656Berita Press: https://jakartaglobe.id/vision/disinfecting-jakarta
Kredit Gambar: JG Photo/Yudha Baskoro

 

Jika syarikat penerbangan menggunakan ULTITEC 2000 sebagai pakaian pelindung untuk membasmi kuman, tidak mustahil bagi kita gunakannya untuk menyahjangkit di kawasan sekitar.

Sekiranya anda memerlukan ULTITEC 2000 untuk melakukan proses membasmi kuman tidak kira di rumah, sekolah, premis perniagaan, hotel dan dimana-mana sahaja kami sedia membantu untuk membekalkan produk berkaitan dan memberi info lebih lanjut mengenainya. Bukan coverall sahaja, malah peralatan lengkap seperti cecair pembasmi kuman, sarung tangan, pelitup muka dan sebagainya.



Untuk maklumat lanjut dan pembelian segera ULTITEC 2000, sila layari web kami https://safetyware.com/product/safetyware-ultitec-2000/.

Kami sedia membantu.

Tags: Covid-19, Coronavirus

Nurul Afiqah

Written by Nurul Afiqah

Johor based Customer Service Executive - ready to assist/serve you. We aim to deliver your needs. Contact us for enquiries.