Safetyware Blog

Pembukaan Sekolah Sepanjang PKPP 2020

Jun 29, 2020 1:00:00 PM / by Nurul Afiqah

Seperti yang kita sedia maklum, PKPB telah dilanjutkan kepada Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) mulai 10 Jun 2020 hingga 31 Ogos 2020. Setelah menikmati “cuti” yang panjang, kini sekolah akan dibuka semula secara berperingkat mulai 24 Jun 2020. Tarikh ini hanya dibenarkan untuk pelajar Tingkatan 5 & 6 sahaja, iaitu yang terlibat dengan peperiksaan besar seperti SPM dan STPM. Manakala bagi pelajar tahun lain akan diumumkan secara berperingkat dan dari semasa ke semasa.


Namun begitu, bagi memastikan pelajar dan kakitangan sekolah menjalani aktiviti harian seperti biasa, normal baharu wajib dilaksanakan seperti yang disarankan oleh kerajaan supaya dapat mengelakkan penularan Pendemik Covid-19.

 

Aktiviti Sekolah PKPP
Bagi memastikan pembelajaran pelajar tidak terjejas akibat Covid-19 ini, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah mengeluarkan Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 3 Tahun 2020: Garis Panduan Pelaksanaan Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) Semasa Perintah Kawalan Pergerakan Akibat Penularan Jangkitan COVID-19 bertarikh 27 Mac 2020. Objektif utama dalam melaksanakan panduan ini adalah bertujuan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan bagi semua murid, guru dan warga sekolah sentiasa terjamin.


Antara perkara yang ditekankan kepada pentadbir bertanggungjawab bagi pengurusan prasarana oleh KPM dalam Garis Panduan tersebut adalah seperti berikut:

 

  1. Memastikan setiap kawasan dan bangunan dibersihkan sebelum sesi persekolahkan bermula.

  2. Pembersihan hendaklah fokus pada permukaan yang sering disentuh pada paras ketinggian yang boleh dicapai seperti tombol pintu, sinki, suis lampu, pengepam tandas dan lain-lain.

  3. Memastikan semua bilik disusun mengikut arahan penjarakan sosial.

  4. Susunan meja hendaklah berada dalam jarak 1 meter antara satu sama lain dan sekiranya bilangan murid melebihi bilangan kapasiti, pihak sekolah hendaklah menempatkan pelajar di kelas lain.

  5. Pihak kantin harus menyediakan makanan berbungkus dan penggunaan meja serta kerusi tidak dibenarkan.

  6. Bilik kesihatan/sakit di sekolah harian dan sekolah berasrama perlu dijadikan sebagai bilik isolasi bagi murid yang bergejala sebelum mendapatkan rawatan dan dibekalkan dengan pelitup muka serta sabun/pensanitasi tangan (hand sanitizer).

  7. Menyediakan tong sampah yang sentiasa tertutup.

  8. Menyediakan sabun di tempat yang sesuai seperti di kantin, surau dan tandas.

  9. Sebelum sesi persekolah bermula, pihak sekolah hendaklah mempamerkan bahan bercetak mengenai langkah keselamatan dan kebersihan di tempat yang strategik seperti di bilik guru, pejabat dan laluan murid.

  10. Meletakkan peringatan langkah-langkah pencegahan COVID-19 di pintu masuk utama sekolah.

  11. Maklumat selanjutnya boleh rujuk website MOE.

 

Manakala merujuk kepada Standard Operating Procedure (SOP) bagi keselamatan murid, guru dan warga sekolah pentadbir bertanggungjawab hendaklah:

 

  1. Memastikan murid, guru dan kakitangan sekolah berada dalam keadaan sihat untuk hadir ke sekolah sekiranya semasa saringan dilakukan dan mendapati individu tersebut mempunyai gejala seperti batuk, sesak nafas, selesama, sakit tekak dan terutama sekali suhu badan melebihi 37.5 C°, mereka tidak akan dibernarkan masuk ke kawasan sekolah.

  2. Memastikan setiap murid, guru dan warga sekolah sentiasa mengamalkan penjarakan sosial.

  3. Memastikan setiap individu kerap membasuh tangan menggunakan air dan sabun, atau jika tiada boleh gunakan pensanitasi tangan (hand sanitizer).

  4. Maklumat selanjutnya boleh rujuk website MOE.

 

Setiap individu seperti ibu bapa, kakitangan asrama, Pengurusan Institusi Pendidikan Swasta juga memainkan peranan bagi menjayakan saranan kerajaan ini bagi memastikan setiap penularan COVID-19 terputus dan murid tidak terjejas dalam pembelajaran mereka.

 


Berikut merupakan contoh pelan lantai kelas seperti yang dicadangkan oleh KPM:

PEMBUKAAN SEKOLAH SEPANJANG PKPP 2020sumber daripada laman web : https://www.moe.gov.my/


Sehubungan dengan itu, di Safetyware kami menyediakan pelbagai barang keselamatan bagi memudahkan pihak sekolah sebelum sesi persekolah bermula seperti pelitup muka, pensanitasi tangan (hand sanitizer), termometer dan bahan bercetak (seperti poster dan pelekat lantai). Sila layari store online kami di: https://shop.safetyware.com.my/.


Akhir kata, #kitajagakita dan sentiasalah elakkan 3S ini - Tempat yang SESAK, tempat tertutup yang SEMPIT dan jangan SEMBANG dekat-dekat.




Tags: Covid-19, RMCO

Nurul Afiqah

Written by Nurul Afiqah

Johor based Customer Service Executive - ready to assist/serve you. We aim to deliver your needs. Contact us for enquiries.